Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa MOH*Cube telah menyediakan kemudahan menyediakan personal homepage (laman web peribadi). Semua pengguna boleh mengemaskini maklumat personal homepage mereka dengan mudah menggunakan “Content Manager” yang disediakan. URL bagi setiap personal homepage pengguna adalah unik dan ianya boleh dicapai oleh pengguna daripada luar. Berikut adalah contoh URL homepage pengguna:-
A. Bagi Pengguna di Ibu Pejabat (domain MOH)
http://cube.moh.gov.my/user-id/
cth: http://cube.moh.gov.my/iszura/
B. Bagi Pengguna di Negeri/Institusi
http://nama_domain.moh.gov.my/user-id/
cth: http://sel.moh.gov.my/shuhaila_ahmad
Semua warga KKM adalah dialu-alukan untuk mengemaskini personal homepage mereka. Sukacita diingatkan bahawa setiap pengguna adalah bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat yang dipaparkan di personal homepage masing-masing dan tatacara penggunaan personal homepage ini adalah tertakluk kepada Dasar Keselamatan ICT yang dikeluarkan oleh pihak KKM dan MAMPU.
Muat turun manual pengguna (klik di sini)
Sekian, Terima Kasih
Admin KM