Adalah dimaklumkan bahawa perlaksanaan cuti Aplikasi HRMIS melalui SMS telah dibangunkan dan telah sedia digunakan kepada pegawai perkhidmatan awam. Fungsi SMS Cuti HRMIS melibatkan:
1. Permohonan Cuti Rehat
2. Semak Baki Cuti Rehat
3. Semak Status Cuti
4. Semak GCR
Syarat asas bagi membolehkan pegawai menggunakan semua fungsi ini ialah:
1. Mempunyai rekod asas dalam HRMIS.
Dan syarat tambahan bagi menggunakan fungsi Permohonan Cuti Rehat ialah:
1. No Tel Bimbit perlu didaftarkan di dalam HRMIS (Submodul Rekod Peribadi)
2. Aliran Kerja Cuti telah wujud
3. Memohon cuti selewat-lewatnya sehari sebelum bercuti.
Manual lengkap bagi menggunakan fungsi ini boleh didapati di sini.
Setiap kos penghantaran SMS adalah RM0.15 dan kos penerimaan SMS adalah RM0.20