header
    Community Login
  • Login Description
    Enter your user ID and password here:
  • Login Box
    User ID :
    Password :
     
    Disclaimer
  • Disclaimer

    The Ministry of Health shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.

    Activities
    Events
  • Calendar
         May 2013     
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
       1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031 
           
  • Event List
    News
  • Awasi Nafsu Makan di Bulan Puasa

    Posted by admin@moh.gov.my

    Thu, 04 Aug 2011


    Y. Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,

    Awasi Nafsu Makan di Bulan Puasa
     
     
    Puasa adalah menahan diri daripada lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Bulan puasa adalah bulan penting dalam kalendar Islam yang menuntut umatnya melaksanakan rukun Islam yang ketiga. Bulan puasa juga mengajar agar kita menjadi lebih berdisiplin serta prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik.
     
    Namun begitu, setelah seharian berpuasa rata-rata antara kita gagal mengawal nafsu makan terutama ketika menjelangnya waktu berbuka puasa. Kita akan memilih atau memasak makanan mengikut apa yang terlintas difikiran tanpa memikirkan nilai pemakanan dan kesannya pada kesihatan. Ini ditambah lagi dengan tarikan pelbagai judah yang dijual di bazar Ramadhan ataupun promosi-promosi berbuka puasa yang sering diadakan sepanjang bulan ini.
     
    Bulan puasa juga adalah seperti bulan-bulan yang lain tetapi bezanya kita mengambil makanan di waktu malam. Corak pemilihan makanan harian kita tidak seharusnya berbeza.Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, karbohidrat, protein, lemak serta vitamin dan mineral yang sepatutnya agar kita dapat mengekalkan berat badan normal, tidak mengurangkan atau menambahkan berat badan. Walau bagaimanapun, bagi individu yang berlebihan berat badan dan obes, bulan Ramadhan adalah waktu yang sesuai untuk mengurangkan berat badan. Selanjutnya 7 panduan yang boleh diamalkan untuk menjamin kesihatan di bulan Ramadhan.

     


    Bahagian Pemakanan
    Kementerian Kesihatan Malaysia