Salam 1 Malaysia,
Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa mulai bulan Disember 2010, penyata pendapatan bulanan (slip gaji) dan penyata pendapatan tahunan tidak akan dikeluarkan lagi oleh Kementerian ini. Penyata ini boleh dicetak sendiri melalui laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia di alamat www.anm.gov.my dan klik pada logo e-Penyata Gaji. Pengguna perlu berdaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan yang disediakan ini.
Sekian, terima kasih.
Unit Kewangan,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.