header
    Community Login
  • Login Description
    Enter your user ID and password here:
  • Login Box
    User ID :
    Password :
     
    Disclaimer
  • Disclaimer

    The Ministry of Health shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.

    Activities
    Events
  • Calendar
         September 2012     
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
          1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30      
  • Event List
    More News
  • MAKLUMAN MENGENAI TINDAKAN KPDNKK BAGI MENGEKANG KENAIKAN HARGA BARANG DAN PERKHIDMATAN

    Posted by zahri.mustapha@moh.gov.my

    Thu, 27 Oct 2011

    Y Bhg. Datuk/Dato'/To' Puan/ Tuan/Puan

    Bersama-sama ini dipanjangkan makluman mengenai tindakan KPDNKK bagi mengekang kenaikan harga barang dan perkhidmatan.



    Saya dengan hormatnya  merujuk kepada perkara di atas.

    2.       Sebagaimana Y.Bhg. Datuk sedia maklum, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan belanjawan 2012 bertemakan Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Namun, pengumuman kenaikan gaji penjawat awam dijangka akan mencetuskan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan oleh golongan peniaga yang tidak beretika.

    3.       Sebagai tindakan proaktif, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menubuhkan pasukan petugas khas (Task force) untuk memantau trend harga dan bekalan di pasaran, di samping mengadakan sesi rundingan dengan pihak industri terutamanya makanan serta  bekerjasama dengan pihak NGO dan rakan pengguna dalam usaha menangani isu kenaikan harga dan pengambilan keuntungan yang melampau dalam setiap peringkat rantaian perniagaan. Pengguna juga boleh membuat aduan berhubung isu kenaikan harga ini dengan menghubungi talian aduan KPDNKK di talian 1-800-886-800 atau layari laman web kami www.kpdnkk.gov.my

    4.       Justeru itu, saya memohon kerjasama Y.Bhg. Datuk untuk menyampaikan informasi kepenggunaan ini  kepada semua warga kerja  di bawah seliaan Y.Bhg. Datuk.   Kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Datuk dalam perkara ini  amat saya hargai dan didahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

    ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
     

    DATUK MOHD. ZAIN BIN MOHD. DOM