Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin /Tuan/Puan,
Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Sebagai makluman Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, Buletin BPM merupakan salah satu perantara untuk menyebarkan maklumat-maklumat terbaru inisiatif ICT di Kementerian Kesihatan Malaysia di samping merapatkan jurang digital pengetahuan ICT antara warga KKM.
3. Sehubungan itu, Buletin BPM Keluaran 2/2011 kini boleh diakses di iPortal BPM (http://bpm.moh.gov.my) melalui pautan Penerbitan Buletin BPM.
4. Sebarang masalah atau pertanyaan mengenai Buletin BPM ini boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut atau melalui e-mel bpm_ulpav@moh.gov.my.
i. Cik Fara Idayu bt Ahmad Sohaimi (3445)
ii. Cik Normah bt Ashari (3627)
5. Sekiranya Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin /Tuan/Puan mempunyai sebarang maklum balas atau cadangan bagi peningkatan kualiti Buletin BPM, sila e-mel kepada Unit Pemindahan Teknologi, BPM di bpm_ulpav@moh.gov.my.
6. Kerjasama dan perhatian Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
Unit Pemindahan Teknologi
Bahagian Pengurusan Maklumat