YBhg Datuk Seri/ Dato' Seri / Datuk / Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan, Adalah dimaklumkan bahawa jadual pelaksanaan bagi mengunci masuk Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Tahun 2013 di dalam Aplikasi HRMIS adalah seperti berikut:
BIL AKTIVITI TEMPOH 1. Mewujudkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Tahun 2013 oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD) dan Pengesahan SKT oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP) 1 Jan - 30 Jun 2013 2. Penilaian semula SKT dan Pengesahan SKT yang ditambah/gugur 1 - 30 Julai 2013
2. Dipohon kerjasama YBhg Datuk Seri/ Dato' Seri / Datuk / Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan untuk memastikan SKT 2013 telah dikunci masuk di dalam Aplikasi HRMIS dan disahkan oleh Pegawai Penilai Pertama.
3. Sebarang pertanyaan atau masalah mengenai Submodul SKT-HRMIS sila hubungi Unit HRMIS di talian 03-8882653 / 2385 / 2418 / 2638 / 2650 atau Bahagian Khidmat Pengurusan sebagai Penyelaras HRMIS IPKKM di talian 03-8883 2451.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Kesihatan Malaysia