header
    Community Login
  • Login Description
    Enter your user ID and password here:
  • Login Box
    User ID :
    Password :
     
    Disclaimer
  • Disclaimer

    The Ministry of Health shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.

    Activities
    Events
  • Calendar
         July 2012     
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031    
           
  • Event List
    More News
  • PEMANTAPAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN EMAIL DI AGENSI KERAJAAN

    Posted by admin@moh.gov.my

    Thu, 15 Jul 2010


    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

    YBhg./YB Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

    Seperti YBhg./YB Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan sedia maklum,Kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2003 bertajuk "Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi Kerajaan", Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 1 Jun 2007 bertajuk “Langkah-Langkah Mengenai Penggunaan Mel Elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan” dan Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 23 November 2007 bertajuk “Langkah-Langkah PemantapanPelaksanaan Sistem Mel Elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan” dengan tujuan memberi panduan berhubung penggunaan e-mel serta langkahlangkah untuk memperkemaskan pengendalian e-mel rasmi di agensiagensi Kerajaan.

    2. Dalam usaha untuk terus memantapkan dan memperkasa pengurusan dan penggunaan e-mel di kalangan penjawat awam, MAMPU telah merangka 40 langkah-langkah yang melibatkan pengguna dan pentadbir e-mel di agensi-agensi Kerajaan seperti berikut:

    Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna email KKM

    (A) PENGGUNA E-MEL

    (1) Memastikan penghantaran e-mel rasmi menggunakan akaun e-mel rasmi dan alamat e-mel penerima yang betul;

    (2) Segala urusan rasmi adalah dilarang menggunakan alamat e-mel persendirian seperti yahoo.com, gmail.com, streamyx.com.my dan sebagainya;

    (3) Mengutamakan penggunaan e-mel sebagai media komunikasi untuk urusan dalaman agensi atau dengan pelanggan luar;

    (4) Memastikan sebarang mesej yang dihantar melalui emel tidak lagi disusuli menerusi media lain seperti faks dan surat;

    (5) Membalas e-mel rasmi yang diterima dengan kadar segera selewat-lewatnya 1 hari dari tarikh e-mel berkenaan diterima;

    (6) Elakkan penghantaran e-mel berserta fail kepilan yang bersaiz melebihi 10 megabait;

    (7) Mengurus dan menyelenggarakan mailbox akaun e-mel masing-masing. Kemudahan archive boleh digunakan untuk menyimpan e-mel lama yang mempunyai nilai rasmi;

    (8) Tidak menggunakan e-mel rasmi bagi tujuan peribadi;

    (9) Memastikan alamat e-mel terkini dipamerkan dalam direktori pegawai di laman web agensi;

    (10) Menghapuskan sebarang e-mel berunsurkan e-mel spam yang berkemungkinan mempunyai virus;

    (11) Memastikan setiap e-mel mempunyai tajuk yang sesuai dengan kandungan e-mel;

    (12) Menulis jawapan di bahagian atas mesej e-mel penghantar;

    (13) Menggunakan bahasa dan ayat yang jelas, tepat dan mudah difahami oleh penerima;

    (14) Menggunakan bahasa formal di dalam e-mel rasmi;

    (15) Menggunakan kemudahan ‘Reply’ untuk menjawab emel tanpa sebarang perubahan kandungan asal e-mel;

    (16) Memastikan kemudahan ‘Reply To All’ digunakan jika jawapan perlu disalinkan kepada semua penerima emel;

    (17) Tidak menggunakan kemudahan 'Auto-Reply' kecuali untuk memaklumkan pegawai lain yang boleh dihubungi sekiranya pegawai berkenaan berada di luar pejabat yang tiada kemudahan internet;

    (18) Menggunakan kemudahan ‘Forward’ untuk memanjangkan e-mel kepada penerima lain tanpa sebarang perubahan;

    (19) Memastikan kemudahan ‘salinan kepada’ (cc) jikasesuatu e-mel perlu dimaklumkan kepada penerimayang berkaitan sahaja;

    (20) Kemudahan ‘blind cc’ (bcc) digunakan bagi tujuan khusus dan terkawal (bukan sewenang-wenangnya);



    Boleh baca lanjut di
    sini

    Sekian. Terima kasih