Tuan/Puan,
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Urusetia JDPKK mohon kerjasama Bahagian/Institusi/Jabatan Kesihatan Negeri yang ingin membentang Kertas Kerja di Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Dan Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia (JDPKK) menghantarnya kepada Urusetia JDPKK untuk tindakan selanjutnya
3. Maklumat Terma Rujukan JDPKK dan Format Kertas kerja boleh dimuat turun (download) dari laman sesawang KKM http://www.moh.gov.my/v/garis-panduan.
4. Penghantaran kertas kerja boleh dibuat pada bila-bila masa. Takwim mesyuarat JDPKK akan datang adalah pada 8 Oktober 2013 walaubagaimanapun mesyuarat tambahan yang lebih awal boleh diadakan sekiranya terdapat keperluan.
Sebarang pertanyaan mengenai JDPKK boleh dikemukakan kepada pegawai berikut :
i. Datin Dr Siti Aishah Binti Abdullah
e-mel : drsiti@moh.gov.my
Tel: 03-8883 2125
ii. KJ Noorkiah Binti Ibrahim
e-mel : noorkiah_ibrahim@moh.gov.my
Tel : 03-8883 2137
5. Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih
Sekian.
URUSETIA
MESYUARAT JAWATANKUASA DASAR DAN PERANCANGAN
KEMENTERIAN KESIHATAN (JDPKK)