Salam Sejahtera
Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di KKM perlu mengemaskini maklumat pengurusan kewangan melalui Sistem 3PK bagi setengah tahun pertama berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Bilangan 1 Tahun 2008 mulai tempoh 1 Julai sehingga 31 Julai 2009.
Sehubungan itu Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin/ Tuan/Puan dipohon untuk mengemaskini maklumat pegawai Data Entry dan juga Verifier sekiranya terdapat perubahan dengan kadar segera dan di emelkan kepada : s3pk@moh.gov.my @ bpm_projekkhas@moh.gov.my.
Bagi memudahkan Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin/ Tuan/Puan untuk menjawab soalan, sila rujuk Manual Pengguna yang terdapat di dalam sistem.
Sekian, terima kasih.
Admin 3PK